BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 9, 2009

Kenapa cikgu perlu memberi 10 markah?

Cikgu perlu memberi 10 markah kepada saya kerana saya patuh akan arahan cikgu. Selain itu, saya juga telah pandai menggunakan photoshop dan saya telah mempelajari bagaimana membuat blog serta menggunakannya.

Wednesday, September 23, 2009

PERKEMBANGAN DIRI

Kepercayaan Kepada Tuhan
-Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Amanah
-Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Harga Diri
-Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Bertanggungjawab
-Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Hemah Tinggi
-Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Toleransi
-Kesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Berdikari
-Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanp bergantung kepada orang lain.

Kerajinan
-Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Kasih Sayang
-Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Keadilan
-Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Rasional
-Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar.

Keserdaran
-Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Thursday, September 10, 2009

dhines

hi.....